Lelaki Ini Kongsi Rahsia Yang Ramai Tak Tahu Hilangkan Lipas Dan Tidak Beranak Pinak Dalam Kereta.

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Yang Ramai Tak Tahu Hilangkan Lipas Dan Tidak Beranak Pinak Dalam Kereta.

Isu lipas yang bermaharajalela di dalam kereta adalah masalah yang dialami sebahagian besar pemilik kenderaan. Jika anda seorang yang mudah ‘lemah lutut’ atau lemah semangat apabila berdepan dengan serangga perosak itu, ia mungkin boleh membawa bahaya. Baru-baru ini seorang wanita dilaporkan hilang kawalan keretanya lalu merempuh jejatas gara-gara terkejut melihat lipas semasa beliau sedang memandu. Jadi, bagaimana caranya untuk mencegah lipas daripada ‘menumpang’ kereta anda?

Di sini Kami kongsikan sedikit petua bagi mengelakkan dan menjauhkan lipas dari kenderaan anda.

LEMON DAN MINYAK PUDINA
Satu lagi cara selamat untuk mencegah serangga memasuki kereta dan membuatkan anda menjerit ketakukan adalah dengan menggunakan kepingan kulit buah lemon dan juga minyak pudina atau ‘peppermint’. Lipas dan seranggan-serangga lain gemar bersembunyi di tempat yang gelap dan dalam sekitaran yang hangat serta lembab. Oleh itu, cuba mengelap ceruk-ceruk di bawah bahagian bonet atau but kereta sehingga kering setiap kali selepas hujan atau mencuci kereta. Ini termasuk cermin pada sisi kereta.

Setelah itu anda boleh menyapu minyak pudina di keliling cermin sisi kereta untuk mencegah lipas atau labah-labah daripada memasuki kereta melaluinya dan bertelur atau bersarang di dalamnya, menurut perkongsian di laman YouTube Galmatic. Kepingan kulit buah lemon pula boleh diselitkan pada saluran penghawa dingin. Ia bukan setakat menghalau serangga malah kereta anda juga akan berbau harum!

GUNA HIRISAN SABUN BUKU
Satu lagi cara yang mewujudkan bau harum sekaligus mampu menghalau lipas adalah dengan menggunakan hirisan sabun.bLipas bernafas pada bahagian perutnya dan ia tidak menggemari bau-bauan yang kuat. Caranya mudah sahaja. Ambil sebuku sabun, lebih baik jika anda gunakan sabun yang kuat baunya. Potong sabun kepada saiz yang agak kecil dan taburkannya di sudut di mana terdapat lipas, lapor laman Feedsss.

PASANG RACUN PERANGKAP
Racun perangkap amat penting untuk mengawal pembiakan lipas. Ini kerana setiap lipas yang mati disebabkan perangkap, lagi 20 hingga 40 ekor lipas juga mungkin mati. Ini boleh berlaku kerana lipas akan memakan najis lipas yang sudah mati ataupun bangkainya. Maka, racun perangkap akan beralih kepada lipas-lipas lain sekaligus mematikannya, menurut Pakar Peluasan Kawasan Universiti Nevada Cooperative Extension, Dr Robert Stauffer.

Menurut laporan laman Never Pest, salah satu cara terbaik untuk menggunakan racun perangkap adalah meletakkannya di satu sudut semalaman. Letakkan racun perangkap di dalam bonet, di bawah tempat duduk dan di lantai kereta pada sebelah malam. Ini boleh meningkatkan lagi kemungkinan lipas diperangkap kerana lipas lebih aktif pada waktu malam, lapor laman Pest Control Plus.Antara jenis racun perangkap yang boleh digunakan adalah serbuk asid borik dan serbuk diatomaceous earth. Racun-racun perangkap dijual di pasar raya pada harga yang berpatutan.

GUNA PELEKAT
Ramai yang takut lipas tapi tidak ramai yang sanggup menghampirinya untuk membunuhnya. Maka, salah satu cara paling mudah adalah dengan meletakkan potongan pelekat (duct tape) dengan glu yang kuat – jika tidak lipas akan dapat melepaskan diri. Cari perangkap yang berbau manis atau berminyak. Anda boleh menggunakan bawang atau potongan kecil kulit pisang atau buah-buahan lain yang sudah ranum. Letakkan bahan perangkap itu di tengah-tengah pelekat. Pastikan bahan perangkap stabil dan tidak mudah tergolek daripada pelekat. Letakkan di sudut di mana anda sering menjumpai lipas – di sudut yang gelap dan biarkannya semalaman, sebelum mengangkat dan membuang lipas yang berjaya diperangkap, menurut laman Wikihow.

APA MAKSUD ‘MEMBERSIHKAN KERETA’?
Kereta ibarat rumah kedua. Para pemilik kenderaan banyak menghabiskan masa di dalam kenderaan, berulang alik dari rumah ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, ke pasar dan bertemu rakan-rakan.

Malah ramai juga yang berjam-jam duduk di dalam kereta dalam perjalanan untuk ‘makan angin’ ke negara jiran. Pasti bermacam-macam barangan yang dibawa masuk ke dalam kereta. Menurut laporan laman Pestwiki, lipas masuk ke dalam kereta anda kerana ia dapat menghidu bau makanan. Hapuskan sumber makanan itu dan lipas tidak akan ‘sudi’ menumpang kereta anda. Anda juga perlu rajin vakum dan syampu bahagian dalam kereta.

Buang semua plastik dan bekas makanan yang dijumpai di dalam kereta. Hapuskan juga segala sampah yang ada. Geledah setiap sudut dalam kereta bagi memastikan tiada langsung sampah yang boleh dijumpai. Sekiranya terdapat kotak-kotak kosong dalam kereta, hapuskan saja kerana menurut laporan laman Pestwiki, lipas akan memakan glu pada pelekatnya.

JANGAN MAKAN DALAM KERETA
Apabila anda atau penumpang anda makan di dalam kereta, sedikit sebanyak pasti serbuknya akan bertaburan dan terjatuh ke lantai. Ini meskipun anda makan dengan cermat. Jika ia tidak segera divakum, ini akan membantu lipas untuk terus hidup dan membiak dalam kereta.

Maka, menurut salah seorang pembaca portal BERITAMediacorp, Razman Rsda, pemilik kereta mesti “menerapkan perintah No Food dengan tegas”. Langkah itu mungkin sukar memandangkan ramai orang memilih untuk makan di dalam kereta untuk menjimatkan masa disebabkan jadual yang padat.

Laman Never Pest menasihatkan agar anda mencuba sedaya-upaya untuk makan sebelum menaiki kereta. Sekiranya terpaksa makan di dalam kereta, pastikan sampah dan serbuk makanan segera dibersihkan. Silakan Share dan semoga Bermanfaat

Beberapa lain yang turut dikongsikan netizen di laman sociial berbunyi seperti di bawah

Tipu lah kalau cakap kereta korang tak pernah ada lipas, paling kurang pun mesti ada sekor anak lipas? Mesti annoying kan, nak-nak bila tengah drive lah dia nak keluar. Fuhh mesti korang tahu perasaan time tu.

Tapi jangan risau, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abuyat Sakoora ada kongsikan tips macam mana dia menjerat dan menghapuskan semua lipas dalam keretanya dengan sangat mudah.

Dalam beberapa hari, perkongsian dia tu mendapat hampir 14 ribu share di laman sosial dan 5,000 komen. Kata beliau, lepas ni tiada lagi lipas berkeliaran kat stereng kereta, tempat duduk dan juga alas kaki. Korang just cuba guna tips ni je:

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Yang Ramai Tak Tahu Hilangkan Lipas Dan Tidak Beranak Pinak Dalam Kereta.

Bahan-bahan:
Marjerin, sikit je, Minyak masak terpakai, Susu pekat manis

Cara-caranya:
Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas
Simpan dalam kereta semalaman. Nantikan hasilnya keesokan hari. Selamat mencuba korang!