Lihat Betapa Mewahnya Aiskrim Roti Yang Berharga RM2 Sahaja. Siapa Sebenar Pakcik Aiskrim Yang Pemurah Ini..

Lihat Betapa Mewahnya Aiskrim Roti Yang Berharga RM2 Sahaja. Siapa Sebenar Pakcik Aiskrim Yang Pemurah Ini..

Rezeki tidak pernah salah alamat? Subhanallah, memang betul sebenarnya. Sekiranya kita percaya kepada rezeki Allah SWT dan kita usaha dan berdoa, insyallah rezeki pasti akan datang.

Rezeki tidak semestinya datang dengan bentul wang ringgit, rezeki boleh ditafsirkan dengan beberapa perkara seperti kesihatan tubuh badan, kebahagian rumahtangga, mudah melakukan apa jua perkara atau pahala yang banyak. Tetapi bila sebut bab rezeki sudah semestinya kita akan kaitkan dengan wang ringgit.

Pakcik Aiskrim RM2 .. 14 Scoop Aiskrim dia bagi .. Ada untung ke?
Tular di media sosial apabila satu video di muat naik ke laman Facebook yang bernama Azul Mocha. Video tersebut telah dikongsikan sebanyak 1200 perkongsian sejak dimuatnaik pada 27hb December 2018.

Pakcik yang dikatakan berasal dari Pakistan selalu menjual Aiskrim di kawasan perumahan Sungai Udang. Mengikut kata yang mengenali pakcik ini memang dia dari dulu dikenali dengan pemurah memberi scoop aiskrim lebih.

Selalu jika kita beli aiskrim roti, paling banyak scoop mesti dalam 3 sahaja tetapi bayangkan bagaimana jika 1 roti bun itu diletakkan 14 scoop pelbagai perisa. Masyallah!

Mesti Ada Bawang Jugak ..
Di dalam video tersebut seolah olah dengan banyaknya scoop aiskrim itu Azul Mocha membayar hanya RM2. Netizen mula memberi komen negatif kepada beliau kenapa mesti diambil kesempatan kenapa tidak bagi lebih sebagai tanda sedekah. Ini komen Azul Mocha.

Untuk pengetahuan semua . pakcik ni bagi saya lebih ice cream yang dia niaga , saya pun bagi lebih pada nilai yang sepatutnya . andai ada juga bagi rm2 . dia tak marah pun , malah dia kata itu semua rezeki Allah , kira kalau ada yang bagi lebih . tu semua datang dari Allah . Pada yang bagi rm2 , kemungkinan , Allah tak bagi dia rezeki pada nilai wang ringgit , mungkin Allah bagi dia rezeki dari sudut kesihatan dia , dari sudut pahala yang dia dapat . so kawan2 semua . kita tengok dari sudut positif dan kita doakan dia moga dimurahkan rezeki . aminn ya rabb

Antara Komen Netizen
Aiful Hussain “Moga makin murah rezeki pakcik dan keluarga. Malaysia perlukan lebih insan macam pakcik. All my respect for both of you”

Ah Apis “Sedap mmg sedap..tapy kena jaga skit kebersihan..pakai la sarung tangan..lagi meletup.”

Zai Enol Nakano “Lau mcm ni lah..aq xkan bayar RM2..malah lebih aq akn bayar..kite ade akal kite boleh pikir dan nilai kan betapa mulianya hati pak cik ni..mungkin die nk jaga hati kite dan mungkin juge die ikhlas dlm mencari rezeki..”

Muhammad Fuad “pakcik ni org pakistan,selalu jadi imam kat masjid tangga batu”

Siapa Pakcik Aiskrim RM2 Ini?
Salah seorang netizen bernama Adam Amar MikaiLs meninggalkan komen di post Azul Mocha menerangkan siapa sebenar pakcik aiskrim RM2 ini.

Name die rahman. Org pakistan tp dah lame tgl kt kg aku. Die dgn masjid mmg x blh di pisahkan. Kenduri kendara kt kg mmg die wajib ade. Die pndai megubat org. Aku pnh msuk umah die dgn mak dgn adk. Uma die xde ape2,hp pn xde. Nk cari die kene cri kt masjid atau rumah. Die ckp tiada dunia di dlm rumah sy. Sejak die bermusafir die da menetap kt kg aku. Die baru je niaga tu. So korag jgn la bg rm2 je. Die berbudi, kite berbahasa lah

Mari tonton Video tersebut ..

Semoga Pakcik Rahman ini dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan. Insyallah, harap semua dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Sumber: KLviral