Baca Surah Al-Fatihah dan ulang 41 kali, InsyaAllah hajat akan dimakbulkan. Begini caranya…

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Al-Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Sangat sesuai dengan kedudukannya di pembukaan Al-Quran.

Ia juga disebut As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat. Tentu ada sebab ia diletakkan sebagai yang pertama. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dan yang paling lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Banyak yang menulis tentang fadhilat membaca surah Al-Fatihah, antaranya:

Cara Membaca Al-Fatihah Untuk Memohon Hajat.

Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

“Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca Al-Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.”

Semoga perkongsian tentang cara membaca surah Al-Fatihah untuk memohon hajat ini dapat memberi manfaat kepada semua. Berkongsi ilmu adalah lebih baik daripada mendiamkan diri tentang ilmu itu.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Allah menjawab setiap ayat dalam Al-Fatihah ketika kita membacanya.

Banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa tartil, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata’ala ber-Firman: “Aku membahagi shalat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku.”

Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin” (Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ) . Allah menjawab: “Hamba-Ku telah memuji-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra him” (Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani) , Allah menjawab: “Hamba-Ku telah mengaagungkan-K u.”.

Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin” (Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)), Allah menjawab: “Hamba-Ku memuja-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan) , Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”(Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.) Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Jangan tergesa-gesa. Rasakanlah jawaban indah daripada Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita. Selanjutnya kita ucapkan “Aamiin” dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan perkataan yang sama dengan kita. Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wallahualam..

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Sumber: sideofmuslim.blogspot.com