Cara buang lilin pada epal atau anggur

Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut.

Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

BAHAN-BAHAN:

Anggur

Tepung gandum secukupnya

CARA-CARA:

Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.

Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.

Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.

Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau

Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda via Masak Apa Hari Ni ( MAHN)