Hi na Nabi: Polis thn 3 individu dan bu ru Alvin Chow

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga pemilik akaun Facebook yang didapati mengh ina agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun berkata, sehingga hari ini, PDRM menerima 929 laporan polis dari seluruh negara dan membuka 16 kertas siasatan bersabit kes pengh inaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad ﷺ serta isteri Baginda, Siti Aisyah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap empat kes terkini dan telah menahan tiga pemilik akaun Facebook, selain masih mengesan pemilik akaun Twitter bernama Alvin Chow.

Mohamad Fuzi berkata, tiga pemilik akaun Facebook yang ditahan adalah Bakakuk atau nama sebenarnya Mohd Sharulnizam Stanley Sigan, 29.

Katanya, suspek telah ditahan di Labuan, Sabah pada 3 Mac lalu dan direman selama empat hari sehingga 7 Mac ini kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Turut ditahan, Alister Anak Cogia, 22, di Bau, Sarawak semalam atas perbuatan sama menerusi akaun Facebooknya bernama Ayea Yea, kata Mohamad Fuzi.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan reman individu bernama Mohd Yazid Kong Abdullah, 52, di Petaling Jaya semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam.

Katanya, polis masih mengesan Alvin Chow Mun Fai, 43, dipercayai berada di Kuala Lumpur berikutan kenyataannya di Twitter, baru-baru ini.

“Kesemua kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. PDRM ingin menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan mencabar/mengh ina kepercayaaan atau agama mana-mana kaum, boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini dan perlu dihentikan serta-merta.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak mengendahkan perkara ini,” katanya.

sumber: www.ismaweb.net